Tuesday, 13 March 2012

Proton Baru bakal tambat hati orang muda...

KUALA LUMPUR – Model sedan segmen C baharu Proton Holdings Bhd, P3-21A, yang dijadualkan pelancarannya April ini, dijangka meraih margin yang lebih tinggi bagi syarikat itu tahun ini, kata Hong Leong Investment Bank (HLIB).

Dalam satu nota penyelidikan pada Isnin, HLIB berkata perbelanjaan pembangunan P3-21A agak rendah, berjumlah RM300 juta, dengan menggunakan platform sedia ada dan enjin daripada Exora.
“Walaupun prestasi P3-21A hebat dan setanding dengan kereta-kereta Jepun, namun harganya akan tetap menjadi penentu bagi jumlah jualan.

“Tambahan pula, Garis Panduan Amalan Pembiayaan Bertanggungjawab (Bank Negara Malaysia) dijangka menjejaskan jualan kereta berharga rendah dan sederhana, terutamanya Proton dan Perodua,” katanya. – BERNAMA

 P/s: hoper fully keter nie mampu la aku nk beli  hahahah.. yela time kuar inspira terbantut aku nk beli last2 pesona gak aku amik...

No comments:

Post a Comment